Saturday, May 5, 2018

Jadi photog majlis member?

Bismillah...

Assalamualaikum...

Hui, apa khabar semua?, sihat ke tu?, alahai dah lama tak update entry baru ni, rasanya ada la dalam 1bulan kan?, ke lebih?, haha tak ingat la...

Tapi tak apa...

Inshaallah kalau ada kelapangan aku akan update. Okay entry kalini takde la penting mana pun, nak cerita pasal majlis kahwin kawan aku ni je, haha yang jadi part pentingnya, aku kena jadi fotografer dia kot, der kite datang nak makan kot, ni kena buat kerja pulak, adehh...

Tapi tak apa...

Kawan punya pasal, apa salahnya kan...

Ha, nak dipendekkan cerita, waktu kejadian terjumpa pula dengan si dia, cantik bakhangggg, walaupun aku tak pandang, tapi hati aku kata dia cantik haritu, alahai manisnya, tapi sayang, aku bukan untuknya lagi...

Okay ceritanya macam ni tau, waktu tengah sedap sedap shoot member, tetibe ternampak dia datang, terus tersentak kejap weh, haha, lepas tu si pengantin suruh duduk dekat meja VIP kau, haha, dapat juga la makan udang, ala makan makanan pengantin tu, haha, okay lepas dah jamah 2-3 suap nasi minyak + ayam sambal kot, dia boleh duduk depan aku pulak weh, der giler hang aku nak pandang muka dia, haha tak sanggup aku weh, jamah nasi 2-3 suap tetibe sebak kot, mengalir air mata boskurr, haha time tu juga aku stop makan, lepas tu pergi masuk dalam rumah pengantin buat acah-acah busy, alahai.

Lepas habis makan apa semua, pengantin buat sesi bergambar dekat pelamin, dia pun duduk la area situ, aku syok syok snap, duduk la rehat, sekali perasan dia dekat dengan aku kan, aku pun alih la pergi tempat lain, memang aku tak pandang muka dia weh.

Bukan aku benci, aku tak sekejam macam tu, yang kenal aku tu tahu la aku ni macam mana, nak marah orang pun susah apa lagi nak benci dengan orang.

Sampai la dia balik, aku pun teruskan kerja aku sampai la sudah majlis.

Dalam hati tu nak juga tengok dia, tapi dengar suara dia pun dah cukup kot, aku taknak tambahkan lagi serabut dia, taknak kecewakan dia lagi, mana tahu dia dah ada pengganti aku ke, mungkin?

Siapa tahu kan?

Tapi aku tetap macam ni la, masih lagi sendiri...

Maafkan aku, bukan niatku nak buat begitu...

Kalaulah awak tahu...

Saturday, April 7, 2018

Berdebar pulak, eh kenapa?

Bismillah...

Assalamualaikum...


Hey semua, apa khabar?, sihat ke tu?, ha buat apa cuti-cuti sabtu ahad ni?, ada keluar jalan-jalan ke?, dating-dating ke?, keluar dengan pasangan ke dengan family?, kalau dengan pasangan atau family tu jaga diri baik baik.

Bukan apa, sekarang ni banyak kes, risau kena culik ke ape ke kan, ha ekceli malam ni takde topik best pun cuma berdebar, haha eh kenapa?, ha berdebar la sebab tak lama lagi kawan aku kahwin dah, sekejap je masa berlalu.

Ha sebenarnya ramai je yang dah kahwin cuma yang ni depan mata, duduk rumah sewa sama-sama, makan minum sekali, lepak lepak sembang kosong, share hobi tau tau dah nak kahwin, ha giler kau tak debar.

Haa, nak ditambahkan cerita, yang buat debarnya lagi nak tengok wajah wajah yang dulunya ada sekarang dah tak ada, yang dulunya ceria bersama sekarang tak ada, yang dulunya gelak tawa bersama sekarang tak ada. Haa tu la jadi debarnya tu.

Agak-agak nanti kalau jumpa agak-agak masih ingat lagi tak aku ni?, ke dah lupa ea?, agak-agak berjumpa tak nanti?, ke aku kena buat tak tahu je, buat-buat tak kenal?, ke macam mana?, haha kompius betul macam ni.

Mungkin identiti tu kena ubah kot nanti, tapi nak ubah macam mana ea?, erm takpe yang tu lainkali la fikir.

Harapnya dia sihat selalu dan ceria je macam dulu, amin.

Kalau la awak tahu...

Saturday, March 31, 2018

Kebetulan?

Bismillah...

Assalamualaikum...


Yuhuu, jumpa lagi kite ni ye, alhamdulillah, bagus la kalau ada lagi, dan macam biasa, kita je yang ada, takde orang lain, haha

Sihat ke tu?, kalau sihat alhamdulillah, kalau tak sihat pergi rehat ye. Ha selalu aku nasihat orang rumah aku macam tu, haha giler kau, sayang kot, takkan nak biar je kan, walaupun tak dapat ada dekat sisi dia, tapi dapat nasihatkan dia pun kira lega la, at least mana tahu kalau nsihat tu dia dengar. Dia sembuh kita pun seronok, betul?

Oh ye, dok melalut benda apa tak tahu kite sambung topik. Okay, nak dipendekkan cerita, entry kalini pasal mimpi, ha sebelum ni aku ada update pasal mimpi juga, tapi pelik, yang ni kategori tak pelik sangat la cuma tertanya-tanya.

Sejak 2-3 harini, selalu juga aku mimpikan dia, kenapa ea?, orang kata kalau kita mimpi orang, orang tu rindu kita, eh yeke?, takkan la kot, kalau sekali tu mungkin la kebetulan je kot, tapi ni dah 2-3 kali, erm betul ke tak ea?

Ekceli tertanya-tanya juga la aku, kalau betul, betul la, kalau tidak mungkin mainan tidur, ye tak?

Tak tahu la macam mana, nak dibagitahu tak boleh, nak simpan jadi tanda tanya.

Erm, takpe la, tak dapat depan mata, dalam mimpi pun boleh la, hihihi.

Kalaulah awak tahu...
Domo-kun



Belog Si Monstaa Rawk ! (^^). Powered by Blogger.