Thursday, September 20, 2018

Boleh ke tak?

Bismillah...

Assalamualaikum...


Hai semua, apa khabar?, baik ke tidak?, jangan risau aku akan doakan korang yang baca ni sentiasa baik dan selamat. Aku tak mampu nak bahagiakan orang lain, apatah lagi nak buat orang tersenyum ketawa, aku cuma mampu duduk diam je sekarang dan berkata-kata dalam hati.

Oh ya,

Nak throwback sikit masa wedding ika boleh tak?, haha ala kalau tak boleh aku throwback juga :P

Okay la, ekceli takde la throwback banyak mana pun, saje saje meluahkan rasa, haha nak luah dekat siapa lagi?, dulu boleh la, sekarang kita menepek dekat sini je, huhu

Ha macam ni, kan entry sebelum ni aku ada cakap aku jumpa dia dengan lelaki kan, okay bukan nak cakap pasal tu sebenarnya, haha nak dipendekkan cerita aku tak pandang pun dia, bukan apa, karang berjurai pulak karang, dah la wedding kimi haritu dah berjurai dah, depan dia pulak tu, haha adoi buat hal la, tapi nasib dia tak nampak

Kalini dekat wedding ika pulak, tapi nasib baik masa wedding kimi tu kawan lelaki dia tak ada, tak tahu la kot tak dapat datang ke apa kan :O

Hah, pendekkan lagi, even tak bertegur sapa tu, ada juga aku curi-curi pandang dia, haha boleh ke macam tu?, bukan apa, aku dah biasa tengokkan dia, so macam mana pun akan pandang dia juga.

Tapi...

Kalini dia tak pandang aku, mungkin sebab aku curi curi tengok dia kot, bila dia macam nak pandang je aku pandang tempat lain, haha takpe kan? :D

*Tukar lagu Ella - Retak pulak

Oh ya, dah pukul 6.00am, mata pun dah layu layu sikit, satgi boleh la lelapkan mata, rehatkan badan ni, tenangkan hati, nanti aku update lagi :)

Slow slow

Bismillah...

Assalamualaikum...


Hai, apa khabar?, sihat ke tu?, kalau sihat alhamdulillah, kalau tak sihat, jaga la kesihatan tu elok elok, sekarang cuaca tak menentu, sekejap panas sekejap mendung, macam perasaan juga kejap okay kejap rindu, eh :O

Hahaha, okay, kalini takde la entry apa pun, saje saje je update sementara pegang laptop ni, lama tak update kan, saje saje sambil ada masa ni haa.

Ha Ha Ha, ekceli update ni sebab tengok gambar dia, haha adoi GG betul, tak tau la mat nak kata perasaan tu macam mana, macam macam ada, tapi tu la, dah berlalu kan.

*sambil dengar lagu Ekamatra - Pusara Dilebuh Raya

Oh ye, sebut pasal dia, masa wedding member aku ika tu aku ada nampak dia dengan lelaki, mungkin kawan dia kot, takpe la ada juga orang tengokkan dia kan, daripada aku ni jauh, tak dapat nak tengokkan dia selalu pagi petang siang malam, nak jumpa jarang sekali, tapi tu la, jauh jauh ni aku tak kisah sebenarnya, yang aku kisah satu je, haha hati tu ha, senang beno berubah, ye tu aku kisah.

Tapi...

Macam selalu orang kata, kadang-kadang benda yang kita takut sangat tu la yang jadi kan?, tu la, senang betul orang berubah hati, aku dekat sini juga la yang terkontang kanting, haha takpe la, aku terima semua ni, its okay awak :)

Oh ya,

Lately ni suka betul aku dengar lagu Ekamatra tu, walaupun lagu tu dah agak lama, tapi dia jadi baru pada waktu dan situasi sekarang ni, haha, nak diceritakan kisah dia macam panjang sangat, korang dengar la sendiri, hayati baru rasa kot.

Sekarang pun dah pukul 5.44am, mata pun terkebil kebil dok hadap laptop :3


Agak-agak apa yang awak sedang buat ya? :)

Thursday, August 23, 2018

Tahniah Zam X Ika

Bismillah...

Assalamualaikum...


Selamat Pagi, eh pagi lagi kan?, haa takpe masih pagi lagi ni. Apa khabar?, sihat ke tu?, kalau sihat alhamdulillah, kalau sakit jaga diri sampai sihat, jangan biar melarat ya, ni pun boleh kata cakap dengan diri sendiri, haha

Okay la, disebabkan lama tak update, harini baru dapat nak update entry, sebabnya?, sebabnya member aku sorang ni dah kahwin haa, wow!, terasa betul sorang sorang member kahwin, hihi

Tapi tak apa, dah jodoh dieorang sampai awal, orang kata rezeki, alhamdulillah la kan, yang korang tak kahwin kahwin lagi tu, cepat cepat la cari sorang buat teman, mana tahu nanti jodoh sampai, haa...

Macam min ni, jodoh pun samar-samar lagi, haha okay tak payah bincang pasal ni, apa yang nak dibincangkan pasal member kahwin ni ha, haha nak dipendekkan cerita sebenarnya min taknak pun pergi, bukan sebab kejam dengan kawan ke apa, tapi sebab taknak tunjuk muka min...

Kenapa?

Biasa la, banyak kenangan min dekat sana, bila pergi sana tu macam macam min teringat, sebab tu berat hati rasa min nak pergi, tapi disebabkan kawan min beriya nak min pergi, terpaksa la min pergi tu pun dengan kawan sorang lagi, kalau min sorang je rasanya memang min tak pergi kot.

Okay dipendekkan lagi ceritanya, dia pulak jadi bridesmaid kau, haaa nahhhh, macam-macam perasaan ada waktu tu, nak buat macam mana lagi kan.

Part yang kelakarnya min boleh rileks lagi ajak selfie, haha dehel do, ekceli tak terniat sebenarnya nak ajak selfie tu, haha min pun terkejut juga, haha okay pasal kejadian ni min cerita dekat next entry.

Sambung semula, pasal kawan min yang kahwin ni, dia dengan husband dia memang dah lama dah couple, since min kenal kawan min ni lagi, ada la 3 tahun, ha bayangkan yang sebelum sebelum ni lama mana kan, lama tak lama dieorang sampai kahwin dah pun, banyak mana pulak dugaan ujian dieorang tempuh sama-sama.

Alhamdulillah, 
selesai sudah majlisnya, suka min tengok kawan min dah kahwin, min lepas ni jadi atok la, haha, moga kawan min tu bahagia hingga ke anak cucu la ye, amin.

☺️

Sunday, July 1, 2018

Selamat Hari Raya

Bismillah...

Assalamualaikum...


Hellooo, apa khabar semua?, sihat ke tu?, alahai lama dah tak jenguk sini ya, erm tu la sebab aku pun dah lama tak on lappy ni, selalu dengan fon je

tapi tak apa, nak ucapkan 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN
pada yang mengenali diri ini.

Minta maaf jika ada terkasar bahasa dan terguris hati sesiapa disekelilingku, semua ini tidak diminta dan tidak disengajakan. Siapa tahu ada yang tidak suka akan caraku bergurau dengan dia.

Okay berbalik pada topik, sebenarnya ada ucapan yang ingin aku ucapkan pada kamu, tapi apakan daya, masa mencemburui kita berdua dan aku hanya mampu simpan, ya itu yang aku mampu buat.

Selamat Hari Raya awak, walaupun tiada didepan mata tapi tidak mengapa, saya hanya mampu ucapkan disini sahaja.

Eh tau tak, masa puasa sampai la ke raya, aku asyik tengok bebudak ni update je, keluar iftar la, iftar with tu la, with ni la, haha aku pula duduk tercongok depan tv tunggu waktu.

Dulu boleh la iftar sekali, haha berbuka sama-sama, ingat?, waktu tu seronok, kongsi sama-sama, susah senang sama-sama, kan awak?

Selamat Hari Raya awak

Awak nak tahu tak?, cantik baju raya awak, walaupun bukan awak yang tunjuk pada saya, tapi saya hanya mampu tengok dari jauh je, bila tengok senyuman tu, terubat hati saya.

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin

Tuesday, May 29, 2018

Duhai Semangat

Bismillah...

Assalamualaikum...

Hai, apa khabar semua?, ingat lagi ke tu?, maaf la sebab lama tak update, walaupun rasanya tak ada yang baca tapi kena minta maaf juga mana tahu kot ada yang tercari cari.

Ohh ye...

Nak diceritakan kalini pasal mimpi dan semangat aku, kenapa?, entah la, sejak 2-3 harini selalu rasa down + rindu bah, kadang tu satu tahap rasa rindu giler, nak cakap macam mana pun tak tahu la. Bila jadi macam tu, semangat pun tak ada sangat, nak bercakap pun kurang, agaknya kena dengan tuannya baru ada semangat kot, cehhh, haha

Nak dipendekkan cerita, alkisahnya tidak lagi dapat bertentang mata apa lagi bersua muka, tapi hanya sekadar gambar yang dapat menjadi tetapan, oh indahnya ciptaan-Mu tuhan bila aku dapat melihat wajahnya disebalik sebuah gambar. Reda sedikit hati aku bila melihat dia yang tidak lagi dapat bersama. Aku tahu aku bukan yang terbaik apa lagi yang sempurna tapi aku cuba sedaya upaya.

Aku ingin mengucapkan kata maaf padanya, tapi kuat ke aku untuk bersemuka dengannya?, nak menatap mata dia yang ceria suatu ketika dulu bila dengan ku?, atau aku hanya perlu menulis surat untuknya?

Mungkin akan aku sampaikan surat padanya...

Kalaulah awak tahu...

Saturday, May 5, 2018

Jadi photog majlis member?

Bismillah...

Assalamualaikum...

Hui, apa khabar semua?, sihat ke tu?, alahai dah lama tak update entry baru ni, rasanya ada la dalam 1bulan kan?, ke lebih?, haha tak ingat la...

Tapi tak apa...

Inshaallah kalau ada kelapangan aku akan update. Okay entry kalini takde la penting mana pun, nak cerita pasal majlis kahwin kawan aku ni je, haha yang jadi part pentingnya, aku kena jadi fotografer dia kot, der kite datang nak makan kot, ni kena buat kerja pulak, adehh...

Tapi tak apa...

Kawan punya pasal, apa salahnya kan...

Ha, nak dipendekkan cerita, waktu kejadian terjumpa pula dengan si dia, cantik bakhangggg, walaupun aku tak pandang, tapi hati aku kata dia cantik haritu, alahai manisnya, tapi sayang, aku bukan untuknya lagi...

Okay ceritanya macam ni tau, waktu tengah sedap sedap shoot member, tetibe ternampak dia datang, terus tersentak kejap weh, haha, lepas tu si pengantin suruh duduk dekat meja VIP kau, haha, dapat juga la makan udang, ala makan makanan pengantin tu, haha, okay lepas dah jamah 2-3 suap nasi minyak + ayam sambal kot, dia boleh duduk depan aku pulak weh, der giler hang aku nak pandang muka dia, haha tak sanggup aku weh, jamah nasi 2-3 suap tetibe sebak kot, mengalir air mata boskurr, haha time tu juga aku stop makan, lepas tu pergi masuk dalam rumah pengantin buat acah-acah busy, alahai.

Lepas habis makan apa semua, pengantin buat sesi bergambar dekat pelamin, dia pun duduk la area situ, aku syok syok snap, duduk la rehat, sekali perasan dia dekat dengan aku kan, aku pun alih la pergi tempat lain, memang aku tak pandang muka dia weh.

Bukan aku benci, aku tak sekejam macam tu, yang kenal aku tu tahu la aku ni macam mana, nak marah orang pun susah apa lagi nak benci dengan orang.

Sampai la dia balik, aku pun teruskan kerja aku sampai la sudah majlis.

Dalam hati tu nak juga tengok dia, tapi dengar suara dia pun dah cukup kot, aku taknak tambahkan lagi serabut dia, taknak kecewakan dia lagi, mana tahu dia dah ada pengganti aku ke, mungkin?

Siapa tahu kan?

Tapi aku tetap macam ni la, masih lagi sendiri...

Maafkan aku, bukan niatku nak buat begitu...

Kalaulah awak tahu...

Saturday, April 7, 2018

Berdebar pulak, eh kenapa?

Bismillah...

Assalamualaikum...


Hey semua, apa khabar?, sihat ke tu?, ha buat apa cuti-cuti sabtu ahad ni?, ada keluar jalan-jalan ke?, dating-dating ke?, keluar dengan pasangan ke dengan family?, kalau dengan pasangan atau family tu jaga diri baik baik.

Bukan apa, sekarang ni banyak kes, risau kena culik ke ape ke kan, ha ekceli malam ni takde topik best pun cuma berdebar, haha eh kenapa?, ha berdebar la sebab tak lama lagi kawan aku kahwin dah, sekejap je masa berlalu.

Ha sebenarnya ramai je yang dah kahwin cuma yang ni depan mata, duduk rumah sewa sama-sama, makan minum sekali, lepak lepak sembang kosong, share hobi tau tau dah nak kahwin, ha giler kau tak debar.

Haa, nak ditambahkan cerita, yang buat debarnya lagi nak tengok wajah wajah yang dulunya ada sekarang dah tak ada, yang dulunya ceria bersama sekarang tak ada, yang dulunya gelak tawa bersama sekarang tak ada. Haa tu la jadi debarnya tu.

Agak-agak nanti kalau jumpa agak-agak masih ingat lagi tak aku ni?, ke dah lupa ea?, agak-agak berjumpa tak nanti?, ke aku kena buat tak tahu je, buat-buat tak kenal?, ke macam mana?, haha kompius betul macam ni.

Mungkin identiti tu kena ubah kot nanti, tapi nak ubah macam mana ea?, erm takpe yang tu lainkali la fikir.

Harapnya dia sihat selalu dan ceria je macam dulu, amin.

Kalau la awak tahu...

Saturday, March 31, 2018

Kebetulan?

Bismillah...

Assalamualaikum...


Yuhuu, jumpa lagi kite ni ye, alhamdulillah, bagus la kalau ada lagi, dan macam biasa, kita je yang ada, takde orang lain, haha

Sihat ke tu?, kalau sihat alhamdulillah, kalau tak sihat pergi rehat ye. Ha selalu aku nasihat orang rumah aku macam tu, haha giler kau, sayang kot, takkan nak biar je kan, walaupun tak dapat ada dekat sisi dia, tapi dapat nasihatkan dia pun kira lega la, at least mana tahu kalau nsihat tu dia dengar. Dia sembuh kita pun seronok, betul?

Oh ye, dok melalut benda apa tak tahu kite sambung topik. Okay, nak dipendekkan cerita, entry kalini pasal mimpi, ha sebelum ni aku ada update pasal mimpi juga, tapi pelik, yang ni kategori tak pelik sangat la cuma tertanya-tanya.

Sejak 2-3 harini, selalu juga aku mimpikan dia, kenapa ea?, orang kata kalau kita mimpi orang, orang tu rindu kita, eh yeke?, takkan la kot, kalau sekali tu mungkin la kebetulan je kot, tapi ni dah 2-3 kali, erm betul ke tak ea?

Ekceli tertanya-tanya juga la aku, kalau betul, betul la, kalau tidak mungkin mainan tidur, ye tak?

Tak tahu la macam mana, nak dibagitahu tak boleh, nak simpan jadi tanda tanya.

Erm, takpe la, tak dapat depan mata, dalam mimpi pun boleh la, hihihi.

Kalaulah awak tahu...

Friday, February 23, 2018

Selamat Hari Ulang Tahun awak

Bismillah...

Assalamualaikum...

Hey apa khabar?, sihat?, alhamdulillah, minta maaf lama menyepi, ada perkara yang perlu diselesaikan, inshaallah kita akan rajin update lepas ni *sambil dengar lagu pusara lebuh raya.

Seperti biasa, tak ada yang tahu pun, kikiki.. 

Oh ya, HAPPY ANNIVERSARY awk, weee, seronoknya sy rasa, tapi maaf lewat, sy nak update masa tu tapi masa tak mengizinkan, ni baru dapat, hehe awk ingat lagi tak?

Dulu kita selalu bergurau masa ni, hehe ala boleh kata hari hari la bergurau, sebab sy ni susah sikit nak serious, tapi kalau dengan awk sy serious la, hihi

Ingat lagi awk bagi hadiah dekat sy macam-macam, sy hargai sangat sampaikan nak pakai apa apa yang awk bagi pun sayang giler tau tak, haha, betul tak tipu, bukan taknak pakai, tapi takut nanti rosak atau calar, so baik sy simpan, kan?

Sy tahu awk nak tengok sy pakai, sy pun macam tu, tapi sayangnya nak pakai tu kuat, sy nak jaga elok elok, taknak bagi dia kotor pun.

Tapi sy tak dapat beri awk apa apa pun, maafkan sy awk.

Selamat Hari Ulang Tahun awk, sy nak awk seceria macam selalu, sy nak tengok awk sentiasa tersenyum tau, jangan masam masam lagi, jangan sedih sedih lagi dah ye.

Awk, selamat hari ulang tahun *kesat air mata.

Kalaulah awak tahu...


Tuesday, January 30, 2018

Pusara Dilebuhraya

Bismillah...

Assalamualaikum...

Hai semua, berjumpa lagi kita dekat entry kalini, setelah sekian lama tidak mengupdate, harini terasa nak update pulak, maklum la ada sikit masa.

Haa, entry kalini takde nak cerita apa sangat pun, saje nak sembang sembang kosong hehe.

Okay nak dipendekkan cerita, kelmarin dekat bengkel motor area rumah ni ada buat event, kira club club motor semua ada la area selangor ni, macam macam motor ada.

Yang lama yang otai yang baru semua ada, nak masukkan gambar pun takde, sebab mata asyik tengok moto je, tak sempat amik gambar, haha

Ekceli nak cerita diaorang jemput drummer Ekamatra, duduk sembang sembang teringat lagu "Pusaya Dilebuhraya", mula mula dengar macam tu je, sekali dengar betul betul dah melekat sampai sekarang.

Walaupun lagu tu dah lama berlalu zaman 90an semua, tapi seronok dengar, agaknya lirik dia tu best kot, hehe siapa pernah rasa?

"Betapa aku, lemah disini, melihat cinta ini pergi"

Kalaulah awak tahu...

Monday, January 15, 2018

Susah hati

Bismillah...

Assalamualaikum...

Heyy, berjumpa lagi kita dekat entry kali ini, hihi, setelah berapa hari tak ada entry, kali ni kita update sikit.

Ala lagipun bukan ada apa pun, saje je isi masa kosong, hehe ekceli entry kali ni bukan core sangat, cuma nak luah isi hati je.

Dan...

Macam biasa, kita je yang tahu, hahaha...

Okay la nak dipendekkan cerita, harini rasa susah hati sangat, tak tahu la kenapa dengan hati ni, adeh tisu betul, lelaki pun ada hati tisu tau, haha ala ingat perempuan je ke yang ada.

Kenapa?...

Entah, tak tahu la sebab apa, tibe tibe je rasa susah hati + sebak bagai ni, adoi, mungkin perasaan je kot, takde ape la tu, inshaallah...

Bila rasa macam ni kan, kadang saya terfikirkan awak dekat sana, awak tengah buat apa, dah makan ke belum, sihat ke tidak, waktu ni cuaca tak baik awak ada berhujan ke tidak, awak okay ke dekat sana.

Hihi selalunya waktu macam ni awak selalu mengadu dekat saya macam macam, adeh banyak yang bermain difikiran saya kalau awak nak tahu.

Walaupun bagi awak saya dah jauh, tapi bagi saya awak sentiasa dekat, alahai kalau la awak ada sebelah saya sekarang ni dah lama saya cubit pipi awak sebab buat saya rindu, haha.

Tapi...

Saya tahu itu tak mungkin berlaku...

Okay sampai sini je entry kita kali ni, nanti kita update lagi okay 😊

Kalau la awak tahu...

Thursday, January 11, 2018

Rasa rasa?

Bismillah...

Assalamualaikum...

Hai, berjumpa lagi kita dekat entry kali ni, dan macam biasa la, kita kita je yang baca, haha tak perlu dirisaukan.

Okay, ekceli kali ni tak la core sangat topiknya cuma terasa macam ada tanda tanya, eh kenapa?, tanda tanya apa?

Entah la...

Hihi tak la sebenarnya aku tertanya tanya, adakah dia masih lagi mengingati aku disini?, atau adakah dia sudah ada pengganti diriku?

Tak tahu la...

Firasat hati aku kata hatinya mungkin sudah dimiliki.

Entah la...

Kalau betul dia sudah mempunyai pengganti diriku, tak apa la, aku harap penggantiku lebih baik daripadaku, yang tak pernah putus menasihatinya, yang tak pernah jemu membebel mengingatkannya, yang sentiasa ada disisinya, yang sentiasa bersama susah senang suka dukanya.

Maafkan aku...

Aku seorang manusia yang sering melakukan kesalahan, aku sering menyakitimu, aku sering membuatmu kecewa, aku sering membuatmu derita, aku sering membuatmu rasa terkawal, aku sering membuatmu rimas denganku.

Maafkan aku...

Aku terlalu sayang, aku terlalu melindungimu, aku terlalu menjaga kamu, aku terlalu risaukan kamu, aku terlalu cintakanmu, aku terlalu rindu.

Maafkan aku...

Kini aku tidak lagi berada disisimu, kini aku bukan lagi kesukaanmu, kini aku bukan lagi tempatmu mengadu, kini aku bukan lagi tempatmu bermanja, kini aku bukan lagi pilihan hatimu, kini aku bukan lagi yang sering engkau rindu, kini aku bukan lagi segalanya bagimu.

Maafkan aku...

Aku cuma seorang yang tidak berguna bagimu, aku tidak memberimu kebebasan yang engkau mahu, aku cuma aku yang berangan dan bercita-cita tinggi ingin mengahwinimu dan sering menjagamu.

Maafkan aku...

Aku bukan lagi yang engkau mahu...

Kalau la awak tahu...

Monday, January 8, 2018

Menanti Janji

Bismillah...

Assalamualaikum...

Jumpa lagi kita dekat entry kalini, dan seperti biasa *ceh macam berita, haha kita je la yang baca. Okay entry kalini tak ada apa yang nak diceritakan cuma sekadar perkongsian.

Telah lama ku rasa sebegini,
Meniti masa silih berganti,
Ku harapkan engkau,
Datang kepadaku,
Walau sekadar mimpi.

Ku cuba untuk mengejar kamu, 
Makin ku genggam ia terlerai,
Sedari diri kian menjauh,
Jauh terpisah dari diri kamu.

Biar hatiku menanti,
Biar ku terus menunggu,
Di dalam kegelapan hariku,
Tanpa cinta kamu.

Biar jiwa terus mati,
Menanti janji kamu,
Biar aku jadi,
Penunggu.

Rindu

Bismillah...

Assalamualaikum...

Yuhuuuu, buat apa tu?, tak tido lagi ke tu?, waktu sekarang 3.41pagi, buat apa pagi-pagi?, entah la, dah tidur tadi, tibe tibe terjaga lepas tu tak tahu nak buat apa lagi dah, nak pejam mata lelap tak boleh dah.

Jadi, kerja dia scroll Twitter, scroll Ig, FB ni kureng sikit sebab buat serabut, hehe kecuali nak post bisnes, tu je la function Fb, tu yang DP takde gambar tu. Okay cakap pasal DP takde gambar ni sebenarnya bukan saja buat takde gambar tapi tu la, aku ni bukannya ada rupa nak tayang muka, muka pun pecah, tu yang kawan kawan lari tu, hihi...

Haa, sambung semula pasal entry kali ni, kita rindu?, rindu siapa?, pada orang tu, hihi, ala bukan dia tahu pun, lagi pun takde orang yang baca, haha so kita sweet sweet sikit dalam ni.

Okay la, sambung lagi, hehe entah la, kuat betul rasa rindu tu, dan aku pun rasa dia rasa benda yang sama tapi tu la, mungkin perasaan aku je rasanya yang ingat dia rasa macam tu, kalau dia tak rasa tu tak tahu la, aku tak tahu hati orang, tapi jujur aku rindu.

Niat dihati bukan tidak mahu bertegur siapa, tapi tu la, setiap orang ada pilihan sendiri dan pilihan pun dah dibuat, kadang-kadang  nak tegur pujuk, tapi bila fikir takut aku mengganggu hidup dia, aku pun diam, tapi perasaan tu rasa dia tak okay, aku nak ada dengan dia, tapi tu la.

Kadang-kadang cuma mampu tengok gambar dia je, ayu wajahnya, gurau sendanya, gelak tawanya, suka dukanya, susah senangnya, pahit manisnya, semua hadap sama-sama, bila tengok gambar-gambar lama, sayu betul rasa, macam boleh rasa hati dia lagi, tapi yang pelik, perasaan aku tak pernah salah tau, dan buat lagi pelik aku boleh tahu dia tak okay walaupun dia kata dia okay, pelik kan?

Entah...

Mungkin kau dah kenal hati budi dia, dah terima baik buruknya, mungkin sebab tu kot kau boleh tahu dia macam mana. Hehe part yang kelakarnya, bila dia cuba nak sorok dengan aku kemudian kena cakap juga "yelah-yelah, takde gini gini gini gini"...

Dia nak juga cakap "TAKDE" walau hakikatnya ada, tengok?, nampak tak comel tu cuba nak sorok dengan aku, haha alahai awak ni, macam la saya baru kenal awak semalam, hihi. Kadang-kadang tu bila gaduh atau salah faham, aku dengan dia senang tolak ansur, kadang aku mengalah kadang dia mengalah, sama-sama ada salah silap.

Tapi tu la...

Orang perempuan kadang-kadang rasa dia betul walaupun sebenarnya kurang betul bukan tidak betul tau. Kadang tu aku tegur bukan saje saje ke apa, tapi ada sebab dia, dan yang buatkan aku sayang, dia dengar kata, alhamdulillah, elok la macam tu kan, tapi tu la part dengar kata tu okay dah, yang tak okay ada part "EGO" dia tu, degil haha alahai.

Tapi tu la...

Gaduh macam mana pun, salah faham macam mana pun, jauh macam mana pun, cuba la mengalah, aku selalu amalkan konsep api dengan air, bila sorang jadi api, sorang lagi kena jadi air, baru keadaan reda, bila dia jadi api, aku mengalah jadi air, aku tak boleh jadi api nanti lagi marak, aku mengalah dulu, tunggu reda, ajak bincang elok-elok dan semuanya okay semula, yeayyyy :)

Tu la, orang kata banyak gaduh ni lagi kuatkan hubungan, lagi buat kau belajar untuk akan datang, kalau dugaan kecik tak boleh nak hadap ini kan pula dugaan akan datang, betul?, asalkan jujur, ikhlas, setia kena ada, haih rindunya.

Tapi tu la...

Kalaulah awak tahu...

Tuesday, January 2, 2018

Khas buat nun jauh disana

Bismillah...

Assalamualaikum...

Berjumpa lagi kita dekat entry seterusnya, dan macam biasa, kita kita je, haha, nak dijadikan cerita, korang buat apa tu?.

Haa, nak dipendekkan cerita, kita buat entry pasal orang yang jauh dari kita, siapa?, boleh jadi kawan kita yang dah lama ada dengan kita, boleh jadi teman istimewa kita, boleh jadi keluarga kita, boleh jadi saudara-mara kita, siapa tahu kan?

Sakit tak rasa kalau orang orang dekat atas tu pergi dari hidup kau?, tak sakit?, jangan tipu, sakit weh memang sakit, tak tipu, aku sendiri pernah kena, dan kita semua pernah kita, sama ada kita yang meninggalkan atau kita yang ditinggalkan, kita yang meninggalkan mungkin la tak sakit mana, tapi yang ditinggalkan tu memang sakit.

Ada yang buat tak kenal pun ada, serious ada, nak dijadikan cerita, dulu aku ada kawan, memang boleh kata rapat la, lepak sama, keluar sama, main game sama, sampai satu masa dia jumpa kawan lain, dia tinggal aku macam tu je.

Sekarang?, dah jadi orang asing.

Tapi...

itulah lumrah manusia, tak ada yang kekal, sekadar datang dan pergi, lagi perit kalau dah lama dengan kita kan, kita tak boleh baca hati orang, tak apalah.

Kita doakan yang pergi itu selamat sentiasa dan dilindungi selalu, siapa tahu yang pergi tu akan jumpa yang lagi baik dari kita, kita tengok dia happy pun okay dah, kan?, hihi...

Kalaulah awak tahu...

Sama je dari dulu

Bismillah...

Assalamualaikum...


Yuhuuu, ada lagi ke tu?, haa, harini rajin pulak nak up entry baru, maklum la ada masa sikit, nanti dah sibuk takde masa dah nak buat entry, tapi Inshaallah aku akan cuba curi sikit masa untuk buat entry *macam saya curi masa untuk awak, hihi

Haa, topik entry kalini,

"Sama macam dulu"

Ehh, kenapa ni kan?, tak la, sebenarnya tak ada apa pun, cuma nak cerita sikit je pasal aku ni, haha, nak dipendekkan cerita, aku ni tak pandai nak berkawan, okay tu tajuk sebenar dia, seriously cakap, dari dulu dari sekolah rendah bawak ke sekolah menengah sampai la dah tua ni ha, memang tak pandai nak mula, nak berkawan pun tak pandai apatah lagi nak mengorat, haha puihh, memang tak pernah la cerita dia.

Agak pelik la kalau aku mula panggil "Hai awak", haha pelik weh pelik, paling busuk pun "Weh, kau buat apa?", "Weh, meh la lepak sini", tu ye, haha nak lembut tu tak pandai tapi aku jaga percakapan aku, kalau orang tu respon semula dengan "oh saya tak buat apa", aku akan berlembut, bukan berlembut apa, maksud aku cakap baik baik la, dah orang cakap baik baik kan, kita kena la cakap baik baik.

Tapi...

Kalau dia respon "Weh boleh lepak sekali?", ha nanti kau tengok la aku respon "Haha meh, ler aku ingat kau sombong sangat do", start pada tu kau kena maki je la cerita dia, tapi bukan niat nak maki, tapi tu la haha tak disengajakan.

Orang layan kita baik, kita layan orang baik, betul?

Selalu tak dengar "Biar orang buat kita, jangan kita buat orang"

Tapi aku macam tu la, susah nak bergaul, tapi dengan orang tua aku hormat, memang automatik, mungkin sebab dibesarkan oleh nenek dengan arwah atok kot aku jadi macam tu, alhamdulillah la kan, tapi sedih la tengok budak sekarang, adab tak ada, dengan orang tua kurang ajar apatah lagi dengan yang muda.

p/s: Haha dulu saya ngorat awak macam mana ea?, kalau la awak tahu...

Azam Baru?

Bismillah...

Assalamualaikum...

SELAMAT TAHUN BARU 2018 untuk semua. Haa, apa azam korang tahun baru ni?, Azam tahun lepas ada yang dah tercapai tak?, ke tak tercapai lagi?, hehe tak apa, kalau tak tercapai kita bawak ke tahun ni, mana tahu tahun ni tercapai pulak kan?

Okay, macam biasa la, kita sorang je yang baca, haha tak apa, selagi ada entry tu maknanya hidup lagi la tu. Kalau dah tak ada entry tu maknanya hmm internet takde la tu, haha gurau je.

Entry harini kita cerita pasal azam baru, apa yang nak diceritakan?, okay, apa yang korang kejar tahun ni?, kahwin?, cita-cita?, enjoy?, simpan duit?, atau apa apa je la, pastikan korang dapat apa yang korang nak tu ye. Jangan risau pada yang menjatuhkan korang, asalkan korang jangan putus asa. Aku dah selalu dijatuhkan, jadi aku dah terbiasa.

Aik, kenapa pulak kan?

Yelah, lumrah manusia, mana ada yang senang melihat kita senang, paling busuk pun dengki dengan apa korang ada, tapi tu la manusia ni susah nak cakap, apa lagi hati dia kan. Kita sendiri la kena jaga-jaga, bukan apa, maksud aku jaga percakapan, kadang-kadang dari percakapan pun boleh jadi gaduh, orang kata lidah ni lagi tajam dari mata pedang, kan?

Tahun baru ni cuba la buat baik dengan ramai orang, tak kira la muda ke tua ke, kaya ke miskin ke, kita ni sama je, tak ada beza pun. Aku nasihat sekadar mampu, kalau nak ikut, ikut, kalau taknak ikut, buang jauh-jauh.

Tapi, apa yang aku nasihat bukan saje-saje tau.

p/s: Azam awak apa tahun ni?, hihihi, kalau la awak tahu.
Domo-kun




Belog Si Monstaa Rawk ! (^^). Powered by Blogger.