Monday, January 8, 2018

Rindu

Bismillah...

Assalamualaikum...

Yuhuuuu, buat apa tu?, tak tido lagi ke tu?, waktu sekarang 3.41pagi, buat apa pagi-pagi?, entah la, dah tidur tadi, tibe tibe terjaga lepas tu tak tahu nak buat apa lagi dah, nak pejam mata lelap tak boleh dah.

Jadi, kerja dia scroll Twitter, scroll Ig, FB ni kureng sikit sebab buat serabut, hehe kecuali nak post bisnes, tu je la function Fb, tu yang DP takde gambar tu. Okay cakap pasal DP takde gambar ni sebenarnya bukan saja buat takde gambar tapi tu la, aku ni bukannya ada rupa nak tayang muka, muka pun pecah, tu yang kawan kawan lari tu, hihi...

Haa, sambung semula pasal entry kali ni, kita rindu?, rindu siapa?, pada orang tu, hihi, ala bukan dia tahu pun, lagi pun takde orang yang baca, haha so kita sweet sweet sikit dalam ni.

Okay la, sambung lagi, hehe entah la, kuat betul rasa rindu tu, dan aku pun rasa dia rasa benda yang sama tapi tu la, mungkin perasaan aku je rasanya yang ingat dia rasa macam tu, kalau dia tak rasa tu tak tahu la, aku tak tahu hati orang, tapi jujur aku rindu.

Niat dihati bukan tidak mahu bertegur siapa, tapi tu la, setiap orang ada pilihan sendiri dan pilihan pun dah dibuat, kadang-kadang  nak tegur pujuk, tapi bila fikir takut aku mengganggu hidup dia, aku pun diam, tapi perasaan tu rasa dia tak okay, aku nak ada dengan dia, tapi tu la.

Kadang-kadang cuma mampu tengok gambar dia je, ayu wajahnya, gurau sendanya, gelak tawanya, suka dukanya, susah senangnya, pahit manisnya, semua hadap sama-sama, bila tengok gambar-gambar lama, sayu betul rasa, macam boleh rasa hati dia lagi, tapi yang pelik, perasaan aku tak pernah salah tau, dan buat lagi pelik aku boleh tahu dia tak okay walaupun dia kata dia okay, pelik kan?

Entah...

Mungkin kau dah kenal hati budi dia, dah terima baik buruknya, mungkin sebab tu kot kau boleh tahu dia macam mana. Hehe part yang kelakarnya, bila dia cuba nak sorok dengan aku kemudian kena cakap juga "yelah-yelah, takde gini gini gini gini"...

Dia nak juga cakap "TAKDE" walau hakikatnya ada, tengok?, nampak tak comel tu cuba nak sorok dengan aku, haha alahai awak ni, macam la saya baru kenal awak semalam, hihi. Kadang-kadang tu bila gaduh atau salah faham, aku dengan dia senang tolak ansur, kadang aku mengalah kadang dia mengalah, sama-sama ada salah silap.

Tapi tu la...

Orang perempuan kadang-kadang rasa dia betul walaupun sebenarnya kurang betul bukan tidak betul tau. Kadang tu aku tegur bukan saje saje ke apa, tapi ada sebab dia, dan yang buatkan aku sayang, dia dengar kata, alhamdulillah, elok la macam tu kan, tapi tu la part dengar kata tu okay dah, yang tak okay ada part "EGO" dia tu, degil haha alahai.

Tapi tu la...

Gaduh macam mana pun, salah faham macam mana pun, jauh macam mana pun, cuba la mengalah, aku selalu amalkan konsep api dengan air, bila sorang jadi api, sorang lagi kena jadi air, baru keadaan reda, bila dia jadi api, aku mengalah jadi air, aku tak boleh jadi api nanti lagi marak, aku mengalah dulu, tunggu reda, ajak bincang elok-elok dan semuanya okay semula, yeayyyy :)

Tu la, orang kata banyak gaduh ni lagi kuatkan hubungan, lagi buat kau belajar untuk akan datang, kalau dugaan kecik tak boleh nak hadap ini kan pula dugaan akan datang, betul?, asalkan jujur, ikhlas, setia kena ada, haih rindunya.

Tapi tu la...

Kalaulah awak tahu...

0 sila tinggalkan KOMEN anda ~ (^^):

Post a Comment

Domo-kun




Belog Si Monstaa Rawk ! (^^). Powered by Blogger.