Tuesday, January 30, 2018

Pusara Dilebuhraya

Bismillah...

Assalamualaikum...

Hai semua, berjumpa lagi kita dekat entry kalini, setelah sekian lama tidak mengupdate, harini terasa nak update pulak, maklum la ada sikit masa.

Haa, entry kalini takde nak cerita apa sangat pun, saje nak sembang sembang kosong hehe.

Okay nak dipendekkan cerita, kelmarin dekat bengkel motor area rumah ni ada buat event, kira club club motor semua ada la area selangor ni, macam macam motor ada.

Yang lama yang otai yang baru semua ada, nak masukkan gambar pun takde, sebab mata asyik tengok moto je, tak sempat amik gambar, haha

Ekceli nak cerita diaorang jemput drummer Ekamatra, duduk sembang sembang teringat lagu "Pusaya Dilebuhraya", mula mula dengar macam tu je, sekali dengar betul betul dah melekat sampai sekarang.

Walaupun lagu tu dah lama berlalu zaman 90an semua, tapi seronok dengar, agaknya lirik dia tu best kot, hehe siapa pernah rasa?

"Betapa aku, lemah disini, melihat cinta ini pergi"

Kalaulah awak tahu...

Monday, January 15, 2018

Susah hati

Bismillah...

Assalamualaikum...

Heyy, berjumpa lagi kita dekat entry kali ini, hihi, setelah berapa hari tak ada entry, kali ni kita update sikit.

Ala lagipun bukan ada apa pun, saje je isi masa kosong, hehe ekceli entry kali ni bukan core sangat, cuma nak luah isi hati je.

Dan...

Macam biasa, kita je yang tahu, hahaha...

Okay la nak dipendekkan cerita, harini rasa susah hati sangat, tak tahu la kenapa dengan hati ni, adeh tisu betul, lelaki pun ada hati tisu tau, haha ala ingat perempuan je ke yang ada.

Kenapa?...

Entah, tak tahu la sebab apa, tibe tibe je rasa susah hati + sebak bagai ni, adoi, mungkin perasaan je kot, takde ape la tu, inshaallah...

Bila rasa macam ni kan, kadang saya terfikirkan awak dekat sana, awak tengah buat apa, dah makan ke belum, sihat ke tidak, waktu ni cuaca tak baik awak ada berhujan ke tidak, awak okay ke dekat sana.

Hihi selalunya waktu macam ni awak selalu mengadu dekat saya macam macam, adeh banyak yang bermain difikiran saya kalau awak nak tahu.

Walaupun bagi awak saya dah jauh, tapi bagi saya awak sentiasa dekat, alahai kalau la awak ada sebelah saya sekarang ni dah lama saya cubit pipi awak sebab buat saya rindu, haha.

Tapi...

Saya tahu itu tak mungkin berlaku...

Okay sampai sini je entry kita kali ni, nanti kita update lagi okay 😊

Kalau la awak tahu...

Thursday, January 11, 2018

Rasa rasa?

Bismillah...

Assalamualaikum...

Hai, berjumpa lagi kita dekat entry kali ni, dan macam biasa la, kita kita je yang baca, haha tak perlu dirisaukan.

Okay, ekceli kali ni tak la core sangat topiknya cuma terasa macam ada tanda tanya, eh kenapa?, tanda tanya apa?

Entah la...

Hihi tak la sebenarnya aku tertanya tanya, adakah dia masih lagi mengingati aku disini?, atau adakah dia sudah ada pengganti diriku?

Tak tahu la...

Firasat hati aku kata hatinya mungkin sudah dimiliki.

Entah la...

Kalau betul dia sudah mempunyai pengganti diriku, tak apa la, aku harap penggantiku lebih baik daripadaku, yang tak pernah putus menasihatinya, yang tak pernah jemu membebel mengingatkannya, yang sentiasa ada disisinya, yang sentiasa bersama susah senang suka dukanya.

Maafkan aku...

Aku seorang manusia yang sering melakukan kesalahan, aku sering menyakitimu, aku sering membuatmu kecewa, aku sering membuatmu derita, aku sering membuatmu rasa terkawal, aku sering membuatmu rimas denganku.

Maafkan aku...

Aku terlalu sayang, aku terlalu melindungimu, aku terlalu menjaga kamu, aku terlalu risaukan kamu, aku terlalu cintakanmu, aku terlalu rindu.

Maafkan aku...

Kini aku tidak lagi berada disisimu, kini aku bukan lagi kesukaanmu, kini aku bukan lagi tempatmu mengadu, kini aku bukan lagi tempatmu bermanja, kini aku bukan lagi pilihan hatimu, kini aku bukan lagi yang sering engkau rindu, kini aku bukan lagi segalanya bagimu.

Maafkan aku...

Aku cuma seorang yang tidak berguna bagimu, aku tidak memberimu kebebasan yang engkau mahu, aku cuma aku yang berangan dan bercita-cita tinggi ingin mengahwinimu dan sering menjagamu.

Maafkan aku...

Aku bukan lagi yang engkau mahu...

Kalau la awak tahu...

Monday, January 8, 2018

Menanti Janji

Bismillah...

Assalamualaikum...

Jumpa lagi kita dekat entry kalini, dan seperti biasa *ceh macam berita, haha kita je la yang baca. Okay entry kalini tak ada apa yang nak diceritakan cuma sekadar perkongsian.

Telah lama ku rasa sebegini,
Meniti masa silih berganti,
Ku harapkan engkau,
Datang kepadaku,
Walau sekadar mimpi.

Ku cuba untuk mengejar kamu, 
Makin ku genggam ia terlerai,
Sedari diri kian menjauh,
Jauh terpisah dari diri kamu.

Biar hatiku menanti,
Biar ku terus menunggu,
Di dalam kegelapan hariku,
Tanpa cinta kamu.

Biar jiwa terus mati,
Menanti janji kamu,
Biar aku jadi,
Penunggu.

Rindu

Bismillah...

Assalamualaikum...

Yuhuuuu, buat apa tu?, tak tido lagi ke tu?, waktu sekarang 3.41pagi, buat apa pagi-pagi?, entah la, dah tidur tadi, tibe tibe terjaga lepas tu tak tahu nak buat apa lagi dah, nak pejam mata lelap tak boleh dah.

Jadi, kerja dia scroll Twitter, scroll Ig, FB ni kureng sikit sebab buat serabut, hehe kecuali nak post bisnes, tu je la function Fb, tu yang DP takde gambar tu. Okay cakap pasal DP takde gambar ni sebenarnya bukan saja buat takde gambar tapi tu la, aku ni bukannya ada rupa nak tayang muka, muka pun pecah, tu yang kawan kawan lari tu, hihi...

Haa, sambung semula pasal entry kali ni, kita rindu?, rindu siapa?, pada orang tu, hihi, ala bukan dia tahu pun, lagi pun takde orang yang baca, haha so kita sweet sweet sikit dalam ni.

Okay la, sambung lagi, hehe entah la, kuat betul rasa rindu tu, dan aku pun rasa dia rasa benda yang sama tapi tu la, mungkin perasaan aku je rasanya yang ingat dia rasa macam tu, kalau dia tak rasa tu tak tahu la, aku tak tahu hati orang, tapi jujur aku rindu.

Niat dihati bukan tidak mahu bertegur siapa, tapi tu la, setiap orang ada pilihan sendiri dan pilihan pun dah dibuat, kadang-kadang  nak tegur pujuk, tapi bila fikir takut aku mengganggu hidup dia, aku pun diam, tapi perasaan tu rasa dia tak okay, aku nak ada dengan dia, tapi tu la.

Kadang-kadang cuma mampu tengok gambar dia je, ayu wajahnya, gurau sendanya, gelak tawanya, suka dukanya, susah senangnya, pahit manisnya, semua hadap sama-sama, bila tengok gambar-gambar lama, sayu betul rasa, macam boleh rasa hati dia lagi, tapi yang pelik, perasaan aku tak pernah salah tau, dan buat lagi pelik aku boleh tahu dia tak okay walaupun dia kata dia okay, pelik kan?

Entah...

Mungkin kau dah kenal hati budi dia, dah terima baik buruknya, mungkin sebab tu kot kau boleh tahu dia macam mana. Hehe part yang kelakarnya, bila dia cuba nak sorok dengan aku kemudian kena cakap juga "yelah-yelah, takde gini gini gini gini"...

Dia nak juga cakap "TAKDE" walau hakikatnya ada, tengok?, nampak tak comel tu cuba nak sorok dengan aku, haha alahai awak ni, macam la saya baru kenal awak semalam, hihi. Kadang-kadang tu bila gaduh atau salah faham, aku dengan dia senang tolak ansur, kadang aku mengalah kadang dia mengalah, sama-sama ada salah silap.

Tapi tu la...

Orang perempuan kadang-kadang rasa dia betul walaupun sebenarnya kurang betul bukan tidak betul tau. Kadang tu aku tegur bukan saje saje ke apa, tapi ada sebab dia, dan yang buatkan aku sayang, dia dengar kata, alhamdulillah, elok la macam tu kan, tapi tu la part dengar kata tu okay dah, yang tak okay ada part "EGO" dia tu, degil haha alahai.

Tapi tu la...

Gaduh macam mana pun, salah faham macam mana pun, jauh macam mana pun, cuba la mengalah, aku selalu amalkan konsep api dengan air, bila sorang jadi api, sorang lagi kena jadi air, baru keadaan reda, bila dia jadi api, aku mengalah jadi air, aku tak boleh jadi api nanti lagi marak, aku mengalah dulu, tunggu reda, ajak bincang elok-elok dan semuanya okay semula, yeayyyy :)

Tu la, orang kata banyak gaduh ni lagi kuatkan hubungan, lagi buat kau belajar untuk akan datang, kalau dugaan kecik tak boleh nak hadap ini kan pula dugaan akan datang, betul?, asalkan jujur, ikhlas, setia kena ada, haih rindunya.

Tapi tu la...

Kalaulah awak tahu...

Tuesday, January 2, 2018

Khas buat nun jauh disana

Bismillah...

Assalamualaikum...

Berjumpa lagi kita dekat entry seterusnya, dan macam biasa, kita kita je, haha, nak dijadikan cerita, korang buat apa tu?.

Haa, nak dipendekkan cerita, kita buat entry pasal orang yang jauh dari kita, siapa?, boleh jadi kawan kita yang dah lama ada dengan kita, boleh jadi teman istimewa kita, boleh jadi keluarga kita, boleh jadi saudara-mara kita, siapa tahu kan?

Sakit tak rasa kalau orang orang dekat atas tu pergi dari hidup kau?, tak sakit?, jangan tipu, sakit weh memang sakit, tak tipu, aku sendiri pernah kena, dan kita semua pernah kita, sama ada kita yang meninggalkan atau kita yang ditinggalkan, kita yang meninggalkan mungkin la tak sakit mana, tapi yang ditinggalkan tu memang sakit.

Ada yang buat tak kenal pun ada, serious ada, nak dijadikan cerita, dulu aku ada kawan, memang boleh kata rapat la, lepak sama, keluar sama, main game sama, sampai satu masa dia jumpa kawan lain, dia tinggal aku macam tu je.

Sekarang?, dah jadi orang asing.

Tapi...

itulah lumrah manusia, tak ada yang kekal, sekadar datang dan pergi, lagi perit kalau dah lama dengan kita kan, kita tak boleh baca hati orang, tak apalah.

Kita doakan yang pergi itu selamat sentiasa dan dilindungi selalu, siapa tahu yang pergi tu akan jumpa yang lagi baik dari kita, kita tengok dia happy pun okay dah, kan?, hihi...

Kalaulah awak tahu...

Sama je dari dulu

Bismillah...

Assalamualaikum...


Yuhuuu, ada lagi ke tu?, haa, harini rajin pulak nak up entry baru, maklum la ada masa sikit, nanti dah sibuk takde masa dah nak buat entry, tapi Inshaallah aku akan cuba curi sikit masa untuk buat entry *macam saya curi masa untuk awak, hihi

Haa, topik entry kalini,

"Sama macam dulu"

Ehh, kenapa ni kan?, tak la, sebenarnya tak ada apa pun, cuma nak cerita sikit je pasal aku ni, haha, nak dipendekkan cerita, aku ni tak pandai nak berkawan, okay tu tajuk sebenar dia, seriously cakap, dari dulu dari sekolah rendah bawak ke sekolah menengah sampai la dah tua ni ha, memang tak pandai nak mula, nak berkawan pun tak pandai apatah lagi nak mengorat, haha puihh, memang tak pernah la cerita dia.

Agak pelik la kalau aku mula panggil "Hai awak", haha pelik weh pelik, paling busuk pun "Weh, kau buat apa?", "Weh, meh la lepak sini", tu ye, haha nak lembut tu tak pandai tapi aku jaga percakapan aku, kalau orang tu respon semula dengan "oh saya tak buat apa", aku akan berlembut, bukan berlembut apa, maksud aku cakap baik baik la, dah orang cakap baik baik kan, kita kena la cakap baik baik.

Tapi...

Kalau dia respon "Weh boleh lepak sekali?", ha nanti kau tengok la aku respon "Haha meh, ler aku ingat kau sombong sangat do", start pada tu kau kena maki je la cerita dia, tapi bukan niat nak maki, tapi tu la haha tak disengajakan.

Orang layan kita baik, kita layan orang baik, betul?

Selalu tak dengar "Biar orang buat kita, jangan kita buat orang"

Tapi aku macam tu la, susah nak bergaul, tapi dengan orang tua aku hormat, memang automatik, mungkin sebab dibesarkan oleh nenek dengan arwah atok kot aku jadi macam tu, alhamdulillah la kan, tapi sedih la tengok budak sekarang, adab tak ada, dengan orang tua kurang ajar apatah lagi dengan yang muda.

p/s: Haha dulu saya ngorat awak macam mana ea?, kalau la awak tahu...

Azam Baru?

Bismillah...

Assalamualaikum...

SELAMAT TAHUN BARU 2018 untuk semua. Haa, apa azam korang tahun baru ni?, Azam tahun lepas ada yang dah tercapai tak?, ke tak tercapai lagi?, hehe tak apa, kalau tak tercapai kita bawak ke tahun ni, mana tahu tahun ni tercapai pulak kan?

Okay, macam biasa la, kita sorang je yang baca, haha tak apa, selagi ada entry tu maknanya hidup lagi la tu. Kalau dah tak ada entry tu maknanya hmm internet takde la tu, haha gurau je.

Entry harini kita cerita pasal azam baru, apa yang nak diceritakan?, okay, apa yang korang kejar tahun ni?, kahwin?, cita-cita?, enjoy?, simpan duit?, atau apa apa je la, pastikan korang dapat apa yang korang nak tu ye. Jangan risau pada yang menjatuhkan korang, asalkan korang jangan putus asa. Aku dah selalu dijatuhkan, jadi aku dah terbiasa.

Aik, kenapa pulak kan?

Yelah, lumrah manusia, mana ada yang senang melihat kita senang, paling busuk pun dengki dengan apa korang ada, tapi tu la manusia ni susah nak cakap, apa lagi hati dia kan. Kita sendiri la kena jaga-jaga, bukan apa, maksud aku jaga percakapan, kadang-kadang dari percakapan pun boleh jadi gaduh, orang kata lidah ni lagi tajam dari mata pedang, kan?

Tahun baru ni cuba la buat baik dengan ramai orang, tak kira la muda ke tua ke, kaya ke miskin ke, kita ni sama je, tak ada beza pun. Aku nasihat sekadar mampu, kalau nak ikut, ikut, kalau taknak ikut, buang jauh-jauh.

Tapi, apa yang aku nasihat bukan saje-saje tau.

p/s: Azam awak apa tahun ni?, hihihi, kalau la awak tahu.
Domo-kun




Belog Si Monstaa Rawk ! (^^). Powered by Blogger.