Sunday, July 1, 2018

Selamat Hari Raya

Bismillah...

Assalamualaikum...


Hellooo, apa khabar semua?, sihat ke tu?, alahai lama dah tak jenguk sini ya, erm tu la sebab aku pun dah lama tak on lappy ni, selalu dengan fon je

tapi tak apa, nak ucapkan 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN
pada yang mengenali diri ini.

Minta maaf jika ada terkasar bahasa dan terguris hati sesiapa disekelilingku, semua ini tidak diminta dan tidak disengajakan. Siapa tahu ada yang tidak suka akan caraku bergurau dengan dia.

Okay berbalik pada topik, sebenarnya ada ucapan yang ingin aku ucapkan pada kamu, tapi apakan daya, masa mencemburui kita berdua dan aku hanya mampu simpan, ya itu yang aku mampu buat.

Selamat Hari Raya awak, walaupun tiada didepan mata tapi tidak mengapa, saya hanya mampu ucapkan disini sahaja.

Eh tau tak, masa puasa sampai la ke raya, aku asyik tengok bebudak ni update je, keluar iftar la, iftar with tu la, with ni la, haha aku pula duduk tercongok depan tv tunggu waktu.

Dulu boleh la iftar sekali, haha berbuka sama-sama, ingat?, waktu tu seronok, kongsi sama-sama, susah senang sama-sama, kan awak?

Selamat Hari Raya awak

Awak nak tahu tak?, cantik baju raya awak, walaupun bukan awak yang tunjuk pada saya, tapi saya hanya mampu tengok dari jauh je, bila tengok senyuman tu, terubat hati saya.

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin
Domo-kun




Belog Si Monstaa Rawk ! (^^). Powered by Blogger.