Tuesday, January 2, 2018

Azam Baru?

Bismillah...

Assalamualaikum...

SELAMAT TAHUN BARU 2018 untuk semua. Haa, apa azam korang tahun baru ni?, Azam tahun lepas ada yang dah tercapai tak?, ke tak tercapai lagi?, hehe tak apa, kalau tak tercapai kita bawak ke tahun ni, mana tahu tahun ni tercapai pulak kan?

Okay, macam biasa la, kita sorang je yang baca, haha tak apa, selagi ada entry tu maknanya hidup lagi la tu. Kalau dah tak ada entry tu maknanya hmm internet takde la tu, haha gurau je.

Entry harini kita cerita pasal azam baru, apa yang nak diceritakan?, okay, apa yang korang kejar tahun ni?, kahwin?, cita-cita?, enjoy?, simpan duit?, atau apa apa je la, pastikan korang dapat apa yang korang nak tu ye. Jangan risau pada yang menjatuhkan korang, asalkan korang jangan putus asa. Aku dah selalu dijatuhkan, jadi aku dah terbiasa.

Aik, kenapa pulak kan?

Yelah, lumrah manusia, mana ada yang senang melihat kita senang, paling busuk pun dengki dengan apa korang ada, tapi tu la manusia ni susah nak cakap, apa lagi hati dia kan. Kita sendiri la kena jaga-jaga, bukan apa, maksud aku jaga percakapan, kadang-kadang dari percakapan pun boleh jadi gaduh, orang kata lidah ni lagi tajam dari mata pedang, kan?

Tahun baru ni cuba la buat baik dengan ramai orang, tak kira la muda ke tua ke, kaya ke miskin ke, kita ni sama je, tak ada beza pun. Aku nasihat sekadar mampu, kalau nak ikut, ikut, kalau taknak ikut, buang jauh-jauh.

Tapi, apa yang aku nasihat bukan saje-saje tau.

p/s: Azam awak apa tahun ni?, hihihi, kalau la awak tahu.

0 sila tinggalkan KOMEN anda ~ (^^):

Post a Comment

Domo-kun




Belog Si Monstaa Rawk ! (^^). Powered by Blogger.