Monday, December 25, 2017

Ragam

Bismillah...

Assalamualaikum...

Yuhuu, berjumpa lagi kita dan macam biasa, kita je yang tahu, haha, setelah 2-3 hari menghilang harini baru ada entry baru, ala bukan apa, admin tak sempat nak update, ni baru free, tu pun pakai wifi jiran, admin lepak dekat rumah jiran ni, eh tak gurau je, hihi...

Okay, berbalik pada topik kita, harini kita nak cerita pasal ragam, ha kenapa ragam?, hihi entah la, admin tengah syok syok duduk lepak tibe tibe terkenangkan ragam dia.

Nak tahu?, paling admin suka tengok dia merajuk, haha admin ni nak kata baik tak la sangat, nak kata jahat pun boleh jadi, nak kata nakal tu dia je tahu, haha sebabnya admin ni suka menyakat, kalau tak sakat tak sah, tapi lepas tu admin pujuk balik, yela kesian tengok dia, hehe tapi masa merajuk tu alahai admin tengok dia buat muka tu, comel je rasa nak tampar pipi dia, eh tak gurau, hehe

Betul, tu la yang paling kita ingat, kadang tu bukan saje pun, tapi tu la menyakat punya pasal, suka tengok dia tersenyum, walaupun kadang admin takde buat apa yang agak kelakar, tapi bila tengok dia terhibur tu, tu yang paling mahal admin rasa, yelah siapa yang nak tengok seseorang sedih, betul?

Tapi, tu lah...

Setiap yang datang, pasti akan pergi...

Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan...

Pada yang luar tu, jaga la "hati" kamu sebaiknya, jagalah dia sebaiknya, dan jangan berhenti menyakat dia, hihi

Kalaulah awak tahu...


0 sila tinggalkan KOMEN anda ~ (^^):

Post a Comment

Domo-kun




Belog Si Monstaa Rawk ! (^^). Powered by Blogger.