Tuesday, December 19, 2017

Ingatan

Bismillah...

Assalamualaikum...

Berjumpa lagi kita dalam entry seterusnya, dalam entry kalini takde la nak cakap banyak mana pun sebab masa tak banyak, hihi

Tapi apa yang nak aku share ni pasal ingatan, kenapa?, iye la, dulu masa kamu ada kamu selalu mengingati aku, apa saja aku buat kamu akan ingatkan, dan sama juga macam kamu, apa yang kamu nak buat, aku ingatkan.

Hihi ingat tak?, dulu kalau aku nak kemana atau nak buat apa, kamu mesti cakap "jaga diri tu, elok elok, jangan nakal nakal", yang aku pulak memang suka menyakat, kadang saje cakap kalau nakal macam mana?, hehe masa tu kamu marah dan aku hanya senyum je tengok kamu macam tu, kesian pun ada sebab sakat macam tu dekat kamu, hihi alahai...

Nak tahu satu rahsia?...

Aku lah orang yang paling risaukan pasal kamu, apa je yang kamu buat aku sangat risau, bukan sebab aku tak percaya tapi aku bersungguh untuk melindungi kamu sebaik baiknya. Disaat kamu tiada kawan, aku lah yang menjadi sahabat kamu, disaat kamu kecewa, aku berusaha memberi kamu semangat untuk terus kuat, disaat kamu bersedih, aku lah yang sentiasa berusaha membuatmu tersenyum kembali, disaat kamu merajuk, aku lah yang tidak penat untuk memujukmu.

Tapi, itu lah...

Masa berlalu dengan cepat...

Kalaulah kamu tahu...

0 sila tinggalkan KOMEN anda ~ (^^):

Post a Comment

Domo-kun




Belog Si Monstaa Rawk ! (^^). Powered by Blogger.