Thursday, December 14, 2017

Setelah sekian lamanya...

Bismillah...

Assalamualaikum semua, berjumpa lagi kita harini, setelah sekian lama tidak mengupdate blog yang terlalu bersawang ni. Agaknya tak tahu la apa binatang yang ada dalam blog ni, kihkihkih.

Pada yang sudi baca dan masih ingat pada diri ini, alhamdulillah terima kasih...

Entry pertama ni bukan apa sangat pun, tapi itu la, cuma sedikit luahan dari lubuk hati...

Al-kisahnya begini, sejak akhir-akhir ni hati ni selalu rasa tak sedap, tak tahu la kenapa rasa macam ni. Mula-mula tu okay je tak ada masalah, sampailah dimana satu masa ni ada perubahan yang amat mengejutkan aku juga sebenarnya. Aku perasan perubahan tu, aku cuba bagitahu, aku cuba untuk menenangkan dirinya, aku dah cuba.

Tapi...

Setiap kali aku mencuba, aku terasa ada yang menjauh, semakin jauh dan menjauh. Terasa hati juga sebenarnya, tipu la kalau tak terasa. Aku cuba bersabar walau apa pun jadi, aku tetap disisi. Aku cuba untuk mendengar luahannya, aku cuba memberikan jalan penyelesaian dan cuba untuk menyelamatkan.

Akhirnya...

Siapa yang sangka, apa yang aku genggam selama ni telah terseksa oleh diriku sendiri. Apa yang aku genggam selama ni meronta-ronta ingin dibebaskan dan bersedia untuk terbang pada bila-bila masa dan takkan berpaling lagi. Aku cuba menenangkan kedua belah pihak, aku cuba mengalah walaupun sakit. Aku cuba memberinya aura positif dan semangat, tapi aku dibalas dengan negatif dan semangatku jatuh. Aku jatuh beb...

Aku melepaskannya pergi walaupun aku tahu akibatnya pada diri aku nanti, terbanglah dikau setinggi langit, maafkan kesalahan pada diri ini, aku dah mencuba. Aku dah cuba...

Kalaulah kau tahu...

0 sila tinggalkan KOMEN anda ~ (^^):

Post a Comment

Domo-kun




Belog Si Monstaa Rawk ! (^^). Powered by Blogger.