Tuesday, December 19, 2017

Risau sentiasa ada

Bismillah...

Assalamualaikum...

Eh ada entry lagi?, hihi inshaallah ada lagi, tapi siapa je yang akan baca?, haha takpe kita baca sendiri je, dulu kan, masa zaman kegemilangan dulu fuhhh...

Dah jangan cakap lagi, haha.

Baiklah, entry kali ni pasal kerisauan, eh kenapa?, bila kita mempunyai sesuatu mesti kita selalu fikirkannya dan mesti rasa risau kan kalau jadi apa apa dekat dia?,

Benda ni la yang aku selalu rasa walaupun aku tak bagitahu kamu akan kerisauan ku.

Ye...

Aku tahu tak ada yang boleh tahan dengan aku, kenapa?, sebabkan pertanyaanku. Aku selalu bertanyakan buat apa?, pergi mana?, dengan siapa?, naik apa?, balik pukul berapa?, berapa orang pergi?, pakaian macam mana?, ketat ke tidak?

Kamu tahu, aku risaukan kamu...

Banyak sebabnya kenapa aku bertanya soalan macam tu pada kamu, aku tahu kamu pandai jaga diri, aku percaya pada kamu...

Tapi itulah...

Naluri nak melindungi kamu tu kuat sangat dalam diri aku ni, hihi sebab tu la aku suka bertanya supaya kamu tidak berasa bosan bila aku diam, mungkin juga kamu tidak perasan perhatian yang aku cuba beri pada kamu, aku takut orang akan apa apakan kamu, aku takut orang akan menyakiti kamu, aku takut orang akan membuatmu kecewa, aku takut orang akan membuatmu bersedih.

Kamu tahu?, setiap soalan yang kamu jawab buat aku rasa tenang, sekurangnya aku tahu keadaan kamu.

Aku tahu aku tidak berada dekat denganmu untuk sentiasa melihat kamu, kamu disana, aku pula disini.

Tapi...

Ingatan aku pada kamu tak pernah berkurang.

Kalaulah kamu tahu...

0 sila tinggalkan KOMEN anda ~ (^^):

Post a Comment

Domo-kun




Belog Si Monstaa Rawk ! (^^). Powered by Blogger.