Thursday, December 21, 2017

Dugaan

Bismillah...

Assalamualaikum...

Jumpa lagi kita ni, dan macam biasa, kita sorang je yang baca, hihi tak apa, dulu ada yang sudi mendengar, sekarang tidak lagi.

Okay entry kali ni pasal dugaan. Eh dugaan apa pulak ni?, biasalah, setiap orang ada dugaannya kan, baik diri kita sendiri ataupun berpasangan.

Nak dipendekkan cerita, aku pun ada dugaan dia juga, baik diri dan pasangan, hihi okay cakap pasal pasangan ni, pernah tak rasa korang nak happy je dengan si dia sampai elakkan gaduh, mengalah hal kecik, cakap elok elok, pernah?

Yelah,
kalau tak ada angin, takkan pokok boleh bergoyang...

Kadang kadang salah faham tu ada juga kan, baik lelaki atau perempuan, siapa je yang nak gaduh lama lama, orang kata jangan gaduh lama lama nanti rindu, hihi

Sebenarnya semua ni ego je, kenapa?, yelah masing masing dah besar, bila dah sayang, turunkan ego tu sikit, tak perlu la bawa masalah tu berlarutan lama lama, kan tak baik, apa salahnya turunkan ego tu, bila dah reda, ajak jumpa bincang elok elok cakap baik baik, semua masalah boleh selesai kalau cakap dengan baik dan ada tolak ansur, percayalah.

Tapi jangan lari dari masalah, contohnya bila gaduh atau salah faham sikit korang lari tinggalkan dia, tinggalkan dia sorang sorang dekat situ, korang pulak suka suka dekat luar, masalah tergantung situ je, dah terpinga-pinga orang tu, kan tak elok tu.

Seeloknya selesaikan la sama sama, kalau dah tak ada lagi rasa sayang rindu cinta, cakap baik baik, tak perlu asyik nak gaduh sebagai punca, betul, serius cakap.

Jika betul korang sayangkan sesuatu, teruk mana pun gaduh, salah faham macam mana susah pun, ingatlah semula kenangan korang susah senang sama sama, macam mana mula mula korang kenal dulu, jika dia melakukan kesalahan, janganlah terus menghentam dia, ingatlah kebaikan yang dia sudah bagi walau sedikit pun.

Percayalah...

Kalaulah awak tahu...

0 sila tinggalkan KOMEN anda ~ (^^):

Post a Comment

Domo-kun




Belog Si Monstaa Rawk ! (^^). Powered by Blogger.