Thursday, December 21, 2017

Impian

Bismillah...

Assalamualaikum...

Yuhuuu, berjumpa lagi kita dekat entry ni, haa macam biasa, tak ada yang baca jadi kita cerita je habis habis, kihkihkih...

Okay entry ni mengenai impian, kenapa?, setiap orang mesti ada impian masing masing, nak kerja sesuatu, nak dapatkan sesuatu, nak lindungi sesuatu, nak bersama sesuatu.

Aku juga ada impian, aku pilih untuk bersama dengan kamu, hehe kenapa?, ala malu la nak cakap, kamu sendiri tahu aku bersungguh dengan kamu macam mana.

Okay melalut pulak, hehe takde la, apa yang aku nak cerita ni, kalau korang ada impian, genggam la impian korang, jangan biar terlepas, hargai setiap masa yang ada, bila dia sudah tiada kelak, nanti korang rasa la sendiri.

Tapi...

Ada tapinya tau...

Janganlah kamu musnahkan impian mu sendiri demi mengejar sesuatu.

Ha, pernah tak korang sayang sesuatu atau seseorang sampai fikir ke depan tanpa pengetahuannya?, pernah rancang nak buat sesuatu sama sama tak nanti?

Siapa je yang taknak kan?, waktu tu confirm semua masalah yang ada akan tenang je korang hadap, betul tak tipu, kenapa?, sebab kau ada orang yang disisi kau, kau ada orang yang sentiasa memberi nasihat dan pendapat dekat kau, walaupun kadang kau rasa dia salah.

Tapi itulah...

Lumrah manusia, tak ada yang sempurna dan tak boleh menjadi yang sempurna, setiap diri kita ada kekurangan dan kelebihan.

Jika adanya persefahaman, bertolak ansur, mendengar satu sama lain, sentiasa bersama, masa tu korang akan tahu untuk jadi sempurna tidak perlu. Korang pergi la mana mana cari yang sempurna, memang tak akan jumpa.

Apa yang perlu, saling melengkapi satu sama lain, jika dia lebih sesuatu, berikan nasihat padanya, jika dia kurang sesuatu, berikan semangat padanya.

Kalaulah awak tahu...

0 sila tinggalkan KOMEN anda ~ (^^):

Post a Comment

Domo-kun




Belog Si Monstaa Rawk ! (^^). Powered by Blogger.