Saturday, May 5, 2018

Jadi photog majlis member?

Bismillah...

Assalamualaikum...

Hui, apa khabar semua?, sihat ke tu?, alahai dah lama tak update entry baru ni, rasanya ada la dalam 1bulan kan?, ke lebih?, haha tak ingat la...

Tapi tak apa...

Inshaallah kalau ada kelapangan aku akan update. Okay entry kalini takde la penting mana pun, nak cerita pasal majlis kahwin kawan aku ni je, haha yang jadi part pentingnya, aku kena jadi fotografer dia kot, der kite datang nak makan kot, ni kena buat kerja pulak, adehh...

Tapi tak apa...

Kawan punya pasal, apa salahnya kan...

Ha, nak dipendekkan cerita, waktu kejadian terjumpa pula dengan si dia, cantik bakhangggg, walaupun aku tak pandang, tapi hati aku kata dia cantik haritu, alahai manisnya, tapi sayang, aku bukan untuknya lagi...

Okay ceritanya macam ni tau, waktu tengah sedap sedap shoot member, tetibe ternampak dia datang, terus tersentak kejap weh, haha, lepas tu si pengantin suruh duduk dekat meja VIP kau, haha, dapat juga la makan udang, ala makan makanan pengantin tu, haha, okay lepas dah jamah 2-3 suap nasi minyak + ayam sambal kot, dia boleh duduk depan aku pulak weh, der giler hang aku nak pandang muka dia, haha tak sanggup aku weh, jamah nasi 2-3 suap tetibe sebak kot, mengalir air mata boskurr, haha time tu juga aku stop makan, lepas tu pergi masuk dalam rumah pengantin buat acah-acah busy, alahai.

Lepas habis makan apa semua, pengantin buat sesi bergambar dekat pelamin, dia pun duduk la area situ, aku syok syok snap, duduk la rehat, sekali perasan dia dekat dengan aku kan, aku pun alih la pergi tempat lain, memang aku tak pandang muka dia weh.

Bukan aku benci, aku tak sekejam macam tu, yang kenal aku tu tahu la aku ni macam mana, nak marah orang pun susah apa lagi nak benci dengan orang.

Sampai la dia balik, aku pun teruskan kerja aku sampai la sudah majlis.

Dalam hati tu nak juga tengok dia, tapi dengar suara dia pun dah cukup kot, aku taknak tambahkan lagi serabut dia, taknak kecewakan dia lagi, mana tahu dia dah ada pengganti aku ke, mungkin?

Siapa tahu kan?

Tapi aku tetap macam ni la, masih lagi sendiri...

Maafkan aku, bukan niatku nak buat begitu...

Kalaulah awak tahu...

0 sila tinggalkan KOMEN anda ~ (^^):

Post a Comment

Domo-kun




Belog Si Monstaa Rawk ! (^^). Powered by Blogger.