Thursday, September 20, 2018

Slow slow

Bismillah...

Assalamualaikum...


Hai, apa khabar?, sihat ke tu?, kalau sihat alhamdulillah, kalau tak sihat, jaga la kesihatan tu elok elok, sekarang cuaca tak menentu, sekejap panas sekejap mendung, macam perasaan juga kejap okay kejap rindu, eh :O

Hahaha, okay, kalini takde la entry apa pun, saje saje je update sementara pegang laptop ni, lama tak update kan, saje saje sambil ada masa ni haa.

Ha Ha Ha, ekceli update ni sebab tengok gambar dia, haha adoi GG betul, tak tau la mat nak kata perasaan tu macam mana, macam macam ada, tapi tu la, dah berlalu kan.

*sambil dengar lagu Ekamatra - Pusara Dilebuh Raya

Oh ye, sebut pasal dia, masa wedding member aku ika tu aku ada nampak dia dengan lelaki, mungkin kawan dia kot, takpe la ada juga orang tengokkan dia kan, daripada aku ni jauh, tak dapat nak tengokkan dia selalu pagi petang siang malam, nak jumpa jarang sekali, tapi tu la, jauh jauh ni aku tak kisah sebenarnya, yang aku kisah satu je, haha hati tu ha, senang beno berubah, ye tu aku kisah.

Tapi...

Macam selalu orang kata, kadang-kadang benda yang kita takut sangat tu la yang jadi kan?, tu la, senang betul orang berubah hati, aku dekat sini juga la yang terkontang kanting, haha takpe la, aku terima semua ni, its okay awak :)

Oh ya,

Lately ni suka betul aku dengar lagu Ekamatra tu, walaupun lagu tu dah agak lama, tapi dia jadi baru pada waktu dan situasi sekarang ni, haha, nak diceritakan kisah dia macam panjang sangat, korang dengar la sendiri, hayati baru rasa kot.

Sekarang pun dah pukul 5.44am, mata pun terkebil kebil dok hadap laptop :3


Agak-agak apa yang awak sedang buat ya? :)

Thursday, August 23, 2018

Tahniah Zam X Ika

Bismillah...

Assalamualaikum...


Selamat Pagi, eh pagi lagi kan?, haa takpe masih pagi lagi ni. Apa khabar?, sihat ke tu?, kalau sihat alhamdulillah, kalau sakit jaga diri sampai sihat, jangan biar melarat ya, ni pun boleh kata cakap dengan diri sendiri, haha

Okay la, disebabkan lama tak update, harini baru dapat nak update entry, sebabnya?, sebabnya member aku sorang ni dah kahwin haa, wow!, terasa betul sorang sorang member kahwin, hihi

Tapi tak apa, dah jodoh dieorang sampai awal, orang kata rezeki, alhamdulillah la kan, yang korang tak kahwin kahwin lagi tu, cepat cepat la cari sorang buat teman, mana tahu nanti jodoh sampai, haa...

Macam min ni, jodoh pun samar-samar lagi, haha okay tak payah bincang pasal ni, apa yang nak dibincangkan pasal member kahwin ni ha, haha nak dipendekkan cerita sebenarnya min taknak pun pergi, bukan sebab kejam dengan kawan ke apa, tapi sebab taknak tunjuk muka min...

Kenapa?

Biasa la, banyak kenangan min dekat sana, bila pergi sana tu macam macam min teringat, sebab tu berat hati rasa min nak pergi, tapi disebabkan kawan min beriya nak min pergi, terpaksa la min pergi tu pun dengan kawan sorang lagi, kalau min sorang je rasanya memang min tak pergi kot.

Okay dipendekkan lagi ceritanya, dia pulak jadi bridesmaid kau, haaa nahhhh, macam-macam perasaan ada waktu tu, nak buat macam mana lagi kan.

Part yang kelakarnya min boleh rileks lagi ajak selfie, haha dehel do, ekceli tak terniat sebenarnya nak ajak selfie tu, haha min pun terkejut juga, haha okay pasal kejadian ni min cerita dekat next entry.

Sambung semula, pasal kawan min yang kahwin ni, dia dengan husband dia memang dah lama dah couple, since min kenal kawan min ni lagi, ada la 3 tahun, ha bayangkan yang sebelum sebelum ni lama mana kan, lama tak lama dieorang sampai kahwin dah pun, banyak mana pulak dugaan ujian dieorang tempuh sama-sama.

Alhamdulillah, 
selesai sudah majlisnya, suka min tengok kawan min dah kahwin, min lepas ni jadi atok la, haha, moga kawan min tu bahagia hingga ke anak cucu la ye, amin.

☺️

Sunday, July 1, 2018

Selamat Hari Raya

Bismillah...

Assalamualaikum...


Hellooo, apa khabar semua?, sihat ke tu?, alahai lama dah tak jenguk sini ya, erm tu la sebab aku pun dah lama tak on lappy ni, selalu dengan fon je

tapi tak apa, nak ucapkan 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN
pada yang mengenali diri ini.

Minta maaf jika ada terkasar bahasa dan terguris hati sesiapa disekelilingku, semua ini tidak diminta dan tidak disengajakan. Siapa tahu ada yang tidak suka akan caraku bergurau dengan dia.

Okay berbalik pada topik, sebenarnya ada ucapan yang ingin aku ucapkan pada kamu, tapi apakan daya, masa mencemburui kita berdua dan aku hanya mampu simpan, ya itu yang aku mampu buat.

Selamat Hari Raya awak, walaupun tiada didepan mata tapi tidak mengapa, saya hanya mampu ucapkan disini sahaja.

Eh tau tak, masa puasa sampai la ke raya, aku asyik tengok bebudak ni update je, keluar iftar la, iftar with tu la, with ni la, haha aku pula duduk tercongok depan tv tunggu waktu.

Dulu boleh la iftar sekali, haha berbuka sama-sama, ingat?, waktu tu seronok, kongsi sama-sama, susah senang sama-sama, kan awak?

Selamat Hari Raya awak

Awak nak tahu tak?, cantik baju raya awak, walaupun bukan awak yang tunjuk pada saya, tapi saya hanya mampu tengok dari jauh je, bila tengok senyuman tu, terubat hati saya.

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin
Domo-kun




Belog Si Monstaa Rawk ! (^^). Powered by Blogger.