Thursday, August 23, 2018
Bismillah...
Assalamualaikum...
Selamat Pagi, eh pagi lagi kan?, haa takpe masih pagi lagi ni. Apa khabar?, sihat ke tu?, kalau sihat alhamdulillah, kalau sakit jaga diri sampai sihat, jangan biar melarat ya, ni pun boleh kata cakap dengan diri sendiri, haha
Okay la, disebabkan lama tak update, harini baru dapat nak update entry, sebabnya?, sebabnya member aku sorang ni dah kahwin haa, wow!, terasa betul sorang sorang member kahwin, hihi
Tapi tak apa, dah jodoh dieorang sampai awal, orang kata rezeki, alhamdulillah la kan, yang korang tak kahwin kahwin lagi tu, cepat cepat la cari sorang buat teman, mana tahu nanti jodoh sampai, haa...
Macam min ni, jodoh pun samar-samar lagi, haha okay tak payah bincang pasal ni, apa yang nak dibincangkan pasal member kahwin ni ha, haha nak dipendekkan cerita sebenarnya min taknak pun pergi, bukan sebab kejam dengan kawan ke apa, tapi sebab taknak tunjuk muka min...
Kenapa?
Biasa la, banyak kenangan min dekat sana, bila pergi sana tu macam macam min teringat, sebab tu berat hati rasa min nak pergi, tapi disebabkan kawan min beriya nak min pergi, terpaksa la min pergi tu pun dengan kawan sorang lagi, kalau min sorang je rasanya memang min tak pergi kot.
Okay dipendekkan lagi ceritanya, dia pulak jadi bridesmaid kau, haaa nahhhh, macam-macam perasaan ada waktu tu, nak buat macam mana lagi kan.
Part yang kelakarnya min boleh rileks lagi ajak selfie, haha dehel do, ekceli tak terniat sebenarnya nak ajak selfie tu, haha min pun terkejut juga, haha okay pasal kejadian ni min cerita dekat next entry.
Sambung semula, pasal kawan min yang kahwin ni, dia dengan husband dia memang dah lama dah couple, since min kenal kawan min ni lagi, ada la 3 tahun, ha bayangkan yang sebelum sebelum ni lama mana kan, lama tak lama dieorang sampai kahwin dah pun, banyak mana pulak dugaan ujian dieorang tempuh sama-sama.
Alhamdulillah,
selesai sudah majlisnya, suka min tengok kawan min dah kahwin, min lepas ni jadi atok la, haha, moga kawan min tu bahagia hingga ke anak cucu la ye, amin.
☺️
Sunday, July 1, 2018
Bismillah...
Assalamualaikum...
Hellooo, apa khabar semua?, sihat ke tu?, alahai lama dah tak jenguk sini ya, erm tu la sebab aku pun dah lama tak on lappy ni, selalu dengan fon je
tapi tak apa, nak ucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN
pada yang mengenali diri ini.
Minta maaf jika ada terkasar bahasa dan terguris hati sesiapa disekelilingku, semua ini tidak diminta dan tidak disengajakan. Siapa tahu ada yang tidak suka akan caraku bergurau dengan dia.
Okay berbalik pada topik, sebenarnya ada ucapan yang ingin aku ucapkan pada kamu, tapi apakan daya, masa mencemburui kita berdua dan aku hanya mampu simpan, ya itu yang aku mampu buat.
Selamat Hari Raya awak, walaupun tiada didepan mata tapi tidak mengapa, saya hanya mampu ucapkan disini sahaja.
Eh tau tak, masa puasa sampai la ke raya, aku asyik tengok bebudak ni update je, keluar iftar la, iftar with tu la, with ni la, haha aku pula duduk tercongok depan tv tunggu waktu.
Dulu boleh la iftar sekali, haha berbuka sama-sama, ingat?, waktu tu seronok, kongsi sama-sama, susah senang sama-sama, kan awak?
Selamat Hari Raya awak
Awak nak tahu tak?, cantik baju raya awak, walaupun bukan awak yang tunjuk pada saya, tapi saya hanya mampu tengok dari jauh je, bila tengok senyuman tu, terubat hati saya.
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin
Tuesday, May 29, 2018
Bismillah...
Assalamualaikum...
Hai, apa khabar semua?, ingat lagi ke tu?, maaf la sebab lama tak update, walaupun rasanya tak ada yang baca tapi kena minta maaf juga mana tahu kot ada yang tercari cari.
Ohh ye...
Nak diceritakan kalini pasal mimpi dan semangat aku, kenapa?, entah la, sejak 2-3 harini selalu rasa down + rindu bah, kadang tu satu tahap rasa rindu giler, nak cakap macam mana pun tak tahu la. Bila jadi macam tu, semangat pun tak ada sangat, nak bercakap pun kurang, agaknya kena dengan tuannya baru ada semangat kot, cehhh, haha
Nak dipendekkan cerita, alkisahnya tidak lagi dapat bertentang mata apa lagi bersua muka, tapi hanya sekadar gambar yang dapat menjadi tetapan, oh indahnya ciptaan-Mu tuhan bila aku dapat melihat wajahnya disebalik sebuah gambar. Reda sedikit hati aku bila melihat dia yang tidak lagi dapat bersama. Aku tahu aku bukan yang terbaik apa lagi yang sempurna tapi aku cuba sedaya upaya.
Aku ingin mengucapkan kata maaf padanya, tapi kuat ke aku untuk bersemuka dengannya?, nak menatap mata dia yang ceria suatu ketika dulu bila dengan ku?, atau aku hanya perlu menulis surat untuknya?
Mungkin akan aku sampaikan surat padanya...
Kalaulah awak tahu...

Subscribe to:
Posts (Atom)
Belog Si Monstaa Rawk ! (^^). Powered by Blogger.